Tangan Dihulur maaf dipinta,
Erat Hubungan Sesama Kita,
Semoga gembira di hari yang mulia ini,
Salah dan Silap Harap Dimaafkan ,
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin
Salam Sejahtera mari kita bersama-sama merafakkan setinggi kesyukuran kepada Tuhan kerana dengan izin dan limpah kurniaNya semua umat islam dapat menyempurnakan ibadah puasa di sepanjang bulan Ramadan yang melabuhkan tirainya pada malam ini.
Kita juga bersyukur kepada Tuhan kerana jika dibandingkan dengan tahun lalu, lebih ramai dalam kalangan kita tidak dapat menunaikan ibadah di semua rumah ibadah kerana mengikut SOP yang ditetapkan.
Akhirnya kita dapat melangkah satu tahap di era endemik iaitu kita mendapat beberapa kelonggaran SOP yang telah ditetapkan.Saban tahun, umat Islam di negara ini merayakan Aidilfitri dengan penuh kemeriahan dan keriangan tanpa sebarang gangguan daripada sesiapa pun. Begitulah indah dan beruntungnya tinggal di sebuah negara yang makmur lagi berjaya bernama Malaysia.
Di akhir kata dalam kesempatan ini saya Dato SaravanaKumar dan Team DSK Nilai ingin memgucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan batin segala salah silap saya secara langsung atau tidak sengaja harap dapat dimaafkan
#kosong-kosong
#demisebuahkesejahteraan