Sunday, 1 May 2022

UCAPAN KHAS HARI RAYA DARI DATO SARAVANAKUMAR



Tangan Dihulur maaf dipinta,
Erat Hubungan Sesama Kita,
Semoga gembira di hari yang mulia ini,
Salah dan Silap Harap Dimaafkan ,
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin

Salam Sejahtera mari kita bersama-sama merafakkan setinggi kesyukuran kepada Tuhan  kerana dengan izin dan limpah kurniaNya semua umat islam dapat menyempurnakan ibadah puasa di sepanjang bulan Ramadan yang melabuhkan tirainya pada malam ini.

Kita juga bersyukur kepada Tuhan kerana jika dibandingkan dengan tahun lalu, lebih ramai dalam kalangan kita tidak dapat menunaikan ibadah di semua rumah ibadah kerana mengikut SOP yang ditetapkan.

Akhirnya kita dapat melangkah satu tahap di era endemik iaitu kita mendapat beberapa kelonggaran SOP yang telah ditetapkan.Saban tahun, umat Islam di negara ini merayakan Aidilfitri dengan penuh kemeriahan dan keriangan tanpa sebarang gangguan daripada sesiapa pun. Begitulah indah dan beruntungnya tinggal di sebuah negara yang makmur lagi berjaya bernama Malaysia. 

Di akhir kata dalam kesempatan ini saya Dato SaravanaKumar dan Team DSK Nilai ingin memgucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan batin segala salah silap saya secara langsung atau tidak sengaja harap dapat dimaafkan 

#kosong-kosong
#demisebuahkesejahteraan

Tuesday, 26 April 2022

Program JOM BALIK KAMPUNG


Lebih 50 penunggang motosikal di kawasan NILAI , NEGERI SEMBILAN tidak melepaskan peluang untuk menukar minyak pelicir motor percuma melalui program " JOM BALIK KAMPUNG " anjuran 
DSK N10 di KMR BIKE STATION bertempat di Bandar Baru Nilai disini hari ini.

Penaung DSK N10 iaitu DATO SARAVANAKUMAR berkata , pihaknya mengambil inisiatif menganjurkan program menukar minyak enjin secara percuma itu bagi meringankan beban pemilik motosikal di bawah 150cc ( kuasa kuda ).Katanya lagi , program berkenaan khas untuk pemilik jenis motosikal dibawah 150cc membabitkan peruntukan untuk minyak hitam dan perkhidmatan makenik motosikal 

Jawatankuasa DSK N10 menerima beberapa rungutan tentang kenaikkan harga bahan api daripada orang ramai terutamanya daripada penunggang- penunggang motosikal di sekitar kawasan NILAI. Ini telah mendorong Dato Saravanakumar send

Sunday, 24 April 2022

PROGRAM JOM BALIK KAMPUNG

𝑁𝐴𝐾 𝑇𝑈𝐾𝐴𝑅 𝑀𝐼𝑁𝑌𝐴𝐾 𝐻𝐼𝑇𝐴𝑀 𝑆𝐸𝐶𝐴𝑅𝐴 𝑃𝐸𝑅𝐶𝑈𝑀𝐴 ? 𝐽𝑂𝑀 𝑆𝐸𝑅𝑇𝐴𝐼 𝑃𝑅𝑂𝐺𝑅𝐴𝑀 "𝐽𝑂𝑀 𝐵𝐴𝐿𝐼𝐾 𝐾𝐴𝑀𝑃𝑈𝑁𝐺" 𝐴𝑁𝐽𝑈𝑅𝐴𝑁 𝑇𝐸𝐴𝑀 𝐷𝑆𝐾 ( 𝐷𝐴𝑇𝑂' 𝑆𝐴𝑅𝐴𝑉𝐴𝑁𝐴𝐾𝑈𝑀𝐴𝑅 ) 

𝑃𝐴𝐷𝐴 : 26/04/22
𝑀𝐴𝑆𝐴 : 11:30 𝑝𝑔 
𝑇𝐸𝑀𝑃𝐴𝑇 : 𝐾𝑀𝑅 𝐵𝐼𝐾𝐸 𝑆𝑇𝐴𝑇𝐼𝑂𝑁 , 𝑃𝑇 7400 𝐽𝐴𝐿𝐴𝑁 𝐵𝐵𝑁 1/2 𝐽 , 𝐵𝐴𝑁𝐷𝐴𝑅 𝐵𝐴𝑅𝑈 𝑁𝐼𝐿𝐴𝐼

𝐽𝑂𝑀 𝑅𝐸𝐵𝑈𝑇 𝑃𝐸𝐿𝑈𝐴𝑁𝐺 𝐼𝑁𝐼 𝐻𝐴𝑁𝑌𝐴 100 𝐵𝐼𝐽𝐼 𝑀𝑂𝑇𝑂𝑅 𝑌𝐴𝑁𝐺 𝑇𝐸𝑅𝐴𝑊𝐴𝐿 !!!

𝐽𝐴𝑁𝐺𝐴𝑁 𝐿𝐸𝑃𝐴𝑆𝐾𝐴𝑁 𝑃𝐸𝐿𝑈𝐴𝑁𝐺 𝐼𝑁𝐼 𝐽𝑂𝑀 𝐵𝐴𝐿𝐼𝐾 𝐾𝐴𝑀𝑃𝑈𝑁𝐺 𝐷𝐸𝑁𝐺𝐴𝑁 𝑆𝐸𝐿𝐴𝑀𝐴𝑇 !!!

HANTAR MAKLUMAT ANDA KEPADA KAMI 💃🏼

www.wassap.my/60197310017/JBK
www.wassap.my/60197310017/JBK
www.wassap.my/60192513866/JBK
www.wassap.my/60192513866/JBKhttps://drive.google.com/uc?export=view&id=1SKXuSBXJcF8uOFjjQZ36uD--_p1gERXk

Wednesday, 20 April 2022

Program Agihan Bubur Lambuk

Kami akan mengadakan pogram agihan bubur lambuk yang dianjurkan oleh Dato Saravanakumar pada 23 April 2022 pada jam 5:00 petang bertempat Tapak Bazar Ramadhan Nilai Perdana dan juga sesi ramah mesra bersama Dato Saravanakumar semua penduduk dijemput hadir.Program ini bertujuan untuk sesi ramah mesra bersama rakyat dan juga sambil mendengar beberapa suara rakyat cadangan mahupun masalah yang dihadapi oleh penduduk disekitar kawasan Nilai Perdana , Nilai Negeri Sembilan

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1O8VgA38AGEme_bKhZXeDwFltN8gHUBxg

Monday, 18 April 2022

PENGENALAN DATO SARAVANA KUMAR

Nama beliau ialah Dato V. Saravana Kumar.Beliau telah dilahirkan pada 3 Ogos 1973 di Sentul , Kuala Lumpur. Beliau telah mendapat Pendidikan Rendah Kebangsaan Thandayuthabani dan Pendidikan menengah di SMK Maxwell. Selepas menamatkan alam persekolahan beliau telah melanjutkan pengajian tinggi tahap Sarjana Muda pada tahun 1997 dan menyambung pengajian Sarjana dalam jurusan  yang sama dalam bidang Association of Business Executive. Dalam beliau sedang menyambung pengajiannya beliau juga membuat kerja sambilan di Lapangan Terbang Subang  . 

     Pada tahun 1997 , beliau memutuskan untuk bekerja di bidang logistik Lapangan Terbang Subang yang merupakan nadi pengangkutan udara yang utama pada masa tersebut . Pada tahun 1998 beliau telah ditarkan ke Jabatan Logistik Kuala Lumpur International Aiport ( KLIA) yang berpusat di Sepang yang dibina baharu. Ini telah terbuka buat beliau untuk berhijrah ke Negeri Sembilan dimana beliau memutuskan untuk menetap di Nilai supaya memudahkan perjalanan beliau ulang alik untuk pergi kerja . Peluang untuk meningkatkan diri khususnya dalam bidang keusahawanan semasa dalam bidang Logistik telah mendorong beliau untuk membuka satu firma logistik miliknya sendiri sejak tahun 1997 . Usaha gigih tanpa mengira masa telah membuahkan hasil dan makin berkembang dan bukan sahaja dalam bidang Logistik tetapi beberapa bidang lain seperti sektor Pembinaan , kesihatan , barangan runcit , kewangan , tekstil dan pelaburan hartanah secara sistematik sehingga masa kini. Kesemua perniagaan yang telah diceburi ini adalah secara gradual bermula pada tahun 2012 hinga kini https://drive.google.com/uc?export=view&id=1DB23SXA-HrxbLrk5Ut_x_qlWlEQJ-GFP

BUTIRAN PERIBADI DATO SARAVANAKUMAR

 



                    BUTIRAN PERIBADI 



Nama : Ybhg. Dato'V.Saravanakumar   A/L               Veerasamy

Gelaran : Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan ( D.B.N.S), 2016

Tarikh Lahir : 03 Ogos 1973

Umur : 49 Tahun

   

         BUTIRAN KELUARGA


Nama Isteri : Datin Santhi A/P Arujunan 

Nama Anak : Saujanya A/P Saravanakumar

            Sachin Vasudhev A/L    

            Saravanakumar

            Saravanasri A/P Saravanakumar



UCAPAN KHAS HARI RAYA DARI DATO SARAVANAKUMAR

Tangan Dihulur maaf dipinta, Erat Hubungan Sesama Kita, Semoga gembira di hari yang mulia ini, Salah dan Silap Harap Dimaafkan , Selamat Har...