Nama beliau ialah Dato V. Saravana Kumar.Beliau telah dilahirkan pada 3 Ogos 1973 di Sentul , Kuala Lumpur. Beliau telah mendapat Pendidikan Rendah Kebangsaan Thandayuthabani dan Pendidikan menengah di SMK Maxwell. Selepas menamatkan alam persekolahan beliau telah melanjutkan pengajian tinggi tahap Sarjana Muda pada tahun 1997 dan menyambung pengajian Sarjana dalam jurusan yang sama dalam bidang Association of Business Executive. Dalam beliau sedang menyambung pengajiannya beliau juga membuat kerja sambilan di Lapangan Terbang Subang .
Pada tahun 1997 , beliau memutuskan untuk bekerja di bidang logistik Lapangan Terbang Subang yang merupakan nadi pengangkutan udara yang utama pada masa tersebut . Pada tahun 1998 beliau telah ditarkan ke Jabatan Logistik Kuala Lumpur International Aiport ( KLIA) yang berpusat di Sepang yang dibina baharu. Ini telah terbuka buat beliau untuk berhijrah ke Negeri Sembilan dimana beliau memutuskan untuk menetap di Nilai supaya memudahkan perjalanan beliau ulang alik untuk pergi kerja . Peluang untuk meningkatkan diri khususnya dalam bidang keusahawanan semasa dalam bidang Logistik telah mendorong beliau untuk membuka satu firma logistik miliknya sendiri sejak tahun 1997 . Usaha gigih tanpa mengira masa telah membuahkan hasil dan makin berkembang dan bukan sahaja dalam bidang Logistik tetapi beberapa bidang lain seperti sektor Pembinaan , kesihatan , barangan runcit , kewangan , tekstil dan pelaburan hartanah secara sistematik sehingga masa kini. Kesemua perniagaan yang telah diceburi ini adalah secara gradual bermula pada tahun 2012 hinga kini 
No comments:
Post a Comment